Khamis, 23 Ogos 2012

Taaruf la dulu ^__^

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum W.T.B.

               Sahabat semua nak tahu tak pemilik blog ni? Mestilah saya! Nak tahu nama saya tak? mestilah kan! bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta' maksud saya cinta kerana allahlah..kita sesama umat manusia dan umat Nabi Muhammad S.A.W mestilah saling sayang-menyanyangi, nabi pun ada bersabda,
'Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga
dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi
dirinya sendiri.'
            Ha, kalau nabi dah cakap camtu, kita kena buatlah, sebab nak bagi iman kita sempurna! betul tak sodiqi sekalian?Betu lah kan. Ok, sekarang saya nak perkenalkan diri la pula.
                 Nama diberi, diberi nama Afifah Bt Fajar Nina Purnama Alam, fuh, panjangnya nama saya?!!eleh, perasannya saya ni, yang panjang tu bukan nama saya pun, yang panjang tu nama ayah saya...nama saya just Afifah, yang bermaksud yang sopan,berdikari,tertib..dan banyak lagilah, semoga saya menjadi seperti maksud nama saya.
               Sahabat sekalian mesti tertanya-tanya kan, kenapa ayah saya nama panjang bebeno dan agak pelik? sebabnya satu je..ayah saya ni orang indonesia, orang indonesia ni memang nama diorang pelik-pelik sikit,tu lah pasal.
               Dah tahu nama ayahnya, mesti nak tahu nama emaknya juga kan?ok lah saya bagitau, nama mak saya pelik sikit ja, tak pelik banyak pun, Dede Rohayati, depan tu mesti sodiqi sekalian tak tau nak sebut macam mana kan? sebutlah macam mana pun, susah saya nak ajar antum semua nak sebut, jangan sbut macam ni sudah 'didi', huruf tu bukan huruf I , tapi huruf E.
                    Ha sesi nama dah, umur pula, nak tau juga ka? malulah nak bagitau, bukan tua ka apa, tapi muda sangat. Ish saya ni, malu tak bertempat betullah. ok lah saya bagitau gak, umur saya baru 13 tahun. hehe.. tak palah, bak kata pepatah  'Kecil-kecil cili padi'.
                  Ha, jadi sahabat ana yang muda-muda tu(ceh, perasannya)jangan malu-malu pula, tunjukkan pada semua yang kita ni adalah remaja harapan pada agama, bangsa dan negara. buatlah yang terbaik sodiqi sekalian!
                 Saya tinggal dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang,Malaysia,Asia,Bumi Allah, cukup? cukup kot. Tak payah cerita dengan lebih terperinci kot tentang tempat tinggal saya, saya rasa sahabat semua tau kot?
                   kalau tak tau pun pergi google map search lah, apa susah..zaman teknologi macam sekarang ni, semua benda ada kat hujung jari kita je.Tapi kita kena ingat juga kat saudara-saudara kita, mereka tak susah, tapi mereka kesusahan, dengan tak daknya makanan,kekurangan air,punca rezeki susah nak cari, dan macam-macam lagilah, contohnya yang terbaru sekarang ni, Rohingya, mereka tak dapat nak makan, kekurangan makanan, orang2 islam dibunuh atas dasar perkauman, tapi mereka tetap berjuang demi agama allah yang mulia, ada depa merungut macam kita kalau tak dapat sesuatu yang kita inginkan?
                     mereka tak merungut langsung mereka makan sahaja apa yang ada, mereka tak kisah, sebab mereka tau semua tu ujian allah untuk mereka, allah sayangkan mereka,kita yang kat malaysia ni, aman damai, tak dak peperangan pun masih tak bersyukur, allah bagi sikit, kita nak lebih, padahal semua yang kita nak tu kena ada usahanya, ni tak, usaha sikit tapi nak lebih, lemaknya kita,
               orang islam patutnya ambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang dah pun berlaku di sekeliling kita, macam kat Burma, Rohingya,Palestin dan yang seumpama dengannyalah..
Ada beberapa gambar yang menyedihkan saya, tentang Burma, Rohingya dan sebagainyalah..sangat menyayat hati tengok keadaan mereka yang macam tu..

Kita doakan semoga suatu hari nanti mereka mendapat kemerdekaan, kalau tak kat dunia pun dekat jannah allah insyaallah..aminn!!










*__*
Keep Smiling!!
                                                                                  AfifaH mUflihah  ;)

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...