Isnin, 19 November 2012

SiLaTuRrAhIm !!

Assalamualaikum W.T.B apa khabar teman seperjuangan ana sekalian?

    sihat selalu hendaknya. saya sihat je, dont worrylah about saya, kalau saya sakit pun saya ada cara tersendiri, iaitu dengan mengingati allah selalu, hati akan terubat dan hati akan menjadi tenang, so saya tak lah terasa sakit sangat dengan penyakit yang saya tempuhi ini.

    Lama-lama bila kita mengingati dosa-dosa kitta yang lalu, insyaalah allah akan sembuhkan kita daripada penyakit yang diberi-nya kepada kita.

    Penyakit tu kan ujian dari allah pada kita, so kita kena banyak bersabarlah atas ujian yang allah beri pada kita.

    ingat ya teman sekalian, jangan merungut!

    Ha, haritu dah perkenalkan diri, sekarang saya nak cakap pasal silaturrahim pula, dah kenal mestilah kena eratkan hubungan, macam hubungan kita dengan allah, bila kecil2 dulu kita dh kenal allah, maka bila dh besar ni mestilah kita nak eratkan hubungan dengan allah kan?'حبل من الله وحبل من الناس' dalam Al-quran pun allah dah berfirman!

    Ha, so nak eratkan hubungan ni or nak menjalinkan hubungan ni kita kene 'change' perangai kita dulu, barulah orang sekeliling pon nak kawan ngan kita kalau kita berperangai baik.

    Mudahkan nak menjalinkan or nak mengeratkan hubungan ni? Tak yah nak fikir benda len, just think how you want to change yourself!

    Saya ada terbaca dalam satu buku ni, tajuk buku tu ialah buku Solusi.

    Dalam buku tu tertulis tentang tajuk silaturrahim lah, ditulis kat situ, kalau kita memutuskan silaturrahim, kita akan dianggap oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W bukan hambaNYA dan bukan umat baginda S.A.W, melainkan jikalau kita memohon maaf kembali kepada orang yang kita putuskan tali persaudaraan itu dan menyambung kembali tali persaudaraan itu.

    Tengok, Allah dengan Rasulullah sampai cakap camtu!

    Contohnya macam nilah, kita buli adik kita, dan kesalahan tu dalam keluarga kita, adalah satu kesalahan yang terbesar, sampai ibu bapa kita dan adik beradik kita yang lain, menganggap kita bukanlah anak atau saudara mereka.

    Macam mana kita rasa? mesti sedih kan?! dan kita pasti tak mau buat lagi kesalahan macamtu kan?

    Macamtu juga Allah dan Rasulullah, jadi cubalah kita elakkan memutuskan silaturrahim ni. Lagipun, kalau kita putuskan silaturrahim, kita akan dapat balasan yang sangat dahsyat, pastilah kita akan masuk neraka dan diseksa didalamnya. Nak ke kita masuk neraka? tak nak kan. so, sambungkanlah kembali tali persaudaraan anda.

    Rasulullah ada bersabda :
“Tidak ada satu kebaikan pun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturrahim, dan tidak ada satu dosapun yang azabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akhirat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahmi.”

     Tengok? senang je kan kita nak dapat pahala. just sambungkan silaturrahim and dapat pahala. Kalau nak putuskan silaturrahim ni pun senang, dapat azabnya pun senang lah.

     Tak semestinya sambungkan silaturrahim ni waktu kita putuskan silaturrahim ja, waktu lain pun boleh. Contoh yang paling senang saya ambil dalam MukaBuku lah (FB), kita add friend tu pun kira sambungkan silaturrahimlah, tapi kalau nak jadikan friend kita tu kena perhatikanlah juga profile FB dia, jenis yang macam mana dia ni, tengok status-status dia, dan berbagai lagilah.

     Contoh yang lain pun boleh ambil, contoh, kita pergi masjid, dan waktu tu kita nampak adalah seorang kakak  atau makcik ni, tengah baca buku ke apa ke kan, kita pergilah tegur diorang,

     "Assalamualaikum makcik, makcik sedang apa tu?"

    "Assalamualaikum kak, akak sihat, nama akak apa?"

    Dan soalan-soalan lain yang boleh kita sambungkan silaturrahim. Ha, kan senang. Kita buat camtu je pun dah dapat pahala besar.

     Rasulullah tak suruh pun kita pergi lari pusing KL ke baru boleh dapat pahala, just sambungkan silaturrahim, benda simple tu je pun kita tak boleh nak buat. Benda yang boleh dapat dosa senang je ka kita nak buat. Itulah dinamakan manusia. disuruhnya lain, dibuatnya lain.

     Saya tulis ni pun untuk diri saya juga sebenarnya. Jangan pula nanti korang kata saya ni tulis je, tapi diri sendiri tu tak tau betul ke tak lagi.

   Maybe ada yang tanya macam ni,
  
   'kalau dia yang tak mau kawan ngan kita macam mana? kita dah nak berbaik ngan dia, tapi dia yang putskan hubungan silaturrahim tu ngan kita.'

   Itu lain ceritanya, kalau dia tak mau kawan ngan kita, itu urusan dia dengan allah, sekarang ni kita kena risau urusan kita dengan allah dulu, ta payah nak risau urusan orang lain, hal kita bagi settel dulu.

    Ok lah, sampai sini je kot saya menaip, insyaallah, bila-bila lagi saya kongsikan ilmu yang saya ada ya, kawan-kawan pon kongsilah ilmu kawan-kawan kat saya ya!

maassalamah!!


Keep Smiling @__@


BY:
afIfAH mufLIhAH!!

   

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...