Jumaat, 12 September 2014

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal takkan berubah.

Namun, percayalah, masih ada harapan yang tersisa selagi roh ini masih bernyawa. Kau tidak tahu kerana kau tak mencari.

ya,HARAPAN.

semua orang mempunyai harapan. dan harapan mereka berlainan. Pastinya tak sama. kerana sebagai manusia pun, rupa,perangai dan tingkah kita, tidak sama.

sama dengan harapan. berlainan.tidak sama. mungkin mengharapkan sesuatu yang realistik daripada fantasi.

mungkin mengharapkan kekayaan daripada kemiskinan. dan mungkin mengharapkan kejayaan daripada kegagalan.

ya harapan-harapan yang meminta untuk dipenuhi. minta untuk dirai.

ya. sesuatu yang buruk menjadi lebih baik. dan boleh jadi sesuatu yang baik menjadi buruk. ada. ya, bagi mereka yang iri melihat kebahagiaan orang lain.

sentiasa rasa tidak mencukupi dengan apa yang ada. tidak bersyukur dan ingin lebih daripada yang sedia ada.

manusia, pasti akan berperasaan begitu apabila kedudukannya tergugah. rasa ada orang yang lebih hebat hebat darinya.

dari situlah dia menimbulkan harapan. harapan yang baik. bererti mendoakan. harapan yang buruk. bererti dendam.

bagi kita yang layaknya digelar 'pendosa' ini, apakah harapan kita? ya, harapan kita ialah, semoga, kesilapan-kesilapan lalu diampuni olehNYA.

dan kita juga mungkin berharap. supaya kita dapat berubah ke arah yang lebih baik dari diri kita yang penuh dengan segala noda dan dosa.

namun, pasti ada yang tertanya-tanya? apakah harapan itu masih ada? adakah apabila kita berharap ianya akan menjadi?

jawapannya ya, selagi kau terus berusaha untuk mendapatkannya dan berharap hanya padaNYA. selagi itu harapanmu akan cuba dirai.

namun, jangan kau hanya meletakkan harapan tanpa berusaha untuk mencapai harapan tersebut, bukankah itu sia-sia?

Allah akan menunaikan harapan kita itu jika kita ingin merubah diri kitra sendiri. bukankah Allah ada menyebut perkara in di dalam al-quran?

......

ya. kita sendiri boleh berfikir dengan kenyataan ini. kerna kita mempunyai otak dan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir.

kenapa masih hendak menyangkal? dan masih tidak mahu menerima kenyataan yang sedia ada.inilah manusia namanya.

hanya mengharapkan sesuatu itu jatuh dari langit dengan sendirinya tanpa ada usaha untuk menggapainya.

nah, harapan ini yang kita tidak mahukan. pengharapan yang penuh sia-sia, tiada penghujungnya. rela membuang masa. tanpa cuba untuk perbaikinya.

untuk para pendosa. iaitu aku,kau dan kalian. teruslah berharap padaNYA dengan berdoa dan berusaha untuk kau perbaiki dirimu.

jangan pernah kau lupa. masih ada waktu yang tersisa. dan masih ada harapan yang terbuka luas untukmu

Allah itu maha pengasih. kerna itu dia masih membirkan kau duduk membaca artikel ini dan membuka ruang untukmu kembali padanya tika kau melakukan dosa.

dan Allah itu maha penyayang. kerna itu pabila kau melakukan kebaikan, dosa mu sedikit sedikit mulai terhapus.

 teruskan berharap.jangan pernah berhenti. sekali kau berhenti berharap. hatrapan itu akan hilang dan takkan kembali.

kadang mungkin ada yang aneh. apa yang kita dapat dari berharap? bukankah hanya perlu berdoa? doa dan harapan. ianya satu benda yang sama.

apabila kita berdoa kita berharap supaya doa kita itu dimakbulkan. sama seperti berharap. apabila kita berharap, kita berdoa supaya harapan kita terjadi.

bukankah begitu?

pada mereka yang berdoa atau berharap perkara buruk atau perkara yang tidak baik berlaku terhadap orang yang mereka benci atau dendami.

inilah harapan yang seharusnya berhenti. dari terus menyimpan rasa dendam. maafkanlah. walaupun hati kita terguris olehnya, 

mungkin kita akan mengambil masa yang lama untuk memaafkannya. ambillah masa itu. namun diakhirnya. maafkanlah dia.

kita takkan merugi apa pun untuk memaafkan dia. malah kita akan rugi bila tak memaafkan dia. kerana suatu hari nanti mungkin, mungkin kita memerlukan dia.

tetapi, janganlah mengharapkan perkara yang takkan mungkin berlaku pada kehidupan realiti kita.itu adalah harapan yang palsu!

seperti, kita mengharapkan untuk mendapat duit atau apa-apa pun dalam sekelip mata. adakah itu mustahil?

ya, itu sangat mustahil tanpa usaha kita untuk mendapatkannya. mungkin ada yang berkata.: itu perkara mustahil kalau allah kehendaki, kan jika allah berkata 'kun fayakun' 'jadilah maka jadilah ia'?

ya, memang perkara sebegitu mungkin berlaku, namun susah dan jarang sekali untuk kita lalui perkara sebegitu.

mungkin orang-orang terpilih sahaja yang allah berikan karunia seperti itu. orang-orang alim?orang-orang yang sangat memerlukan?

mungkin?

kita tidak akan tahu perkara-perkara sebegini. kerna, kita hanya manusia biasa, yang memang dibataskan pemikiran dan tindakannya.

berharaplah kearah kebaikan. kerna, kebaikan itu pasti mendahului kejahatan. terfikir juga kadang. adakah pasti harapan yang baik itu akan termakbul?

ya, insyaallah. sengan izinNYA pasti. selagi keyakinan kita tinggi dan tak berbelah bahagi. namun kalau tidak dapat juga bagaimana?

bersangkalah baik kepada NYA kerana pasti dia akan menggantikan dengan lebih baik lagi. dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

seperti sahaja seorang ibu yang mendoakan dan mengharapkan anaknya berjaya di dunia dan di akhirat .

seperti sahaja seorang peniaga mengharapkan supaya perniagaannya, untung , pada hari itu dan hari-hari yang mendatang.

dan semua itu disusuli dengan doa dan usaha yang berpanjangan. dan perkara yang realistik di dunia ini.

dan apabila kau mempunyai harapan, pada sesiapa pun, tidak kira harapan itu tinggi atau rendah, teruslah berharap

jangan musnahkan harapanmu, karna mungkin , dengan harapan mu itu, dia 'mendengar' dan berusaha untuk menjadi harapan yang terbaik buatmu.

pada harapan yang tidak baik, kita tinggalkan. mungkin susah dan payah. tidak mengapa. perlahan-lahan.

memang tidak mudah untuk kita berubah. namun senang untuk kita cuba berniat untuk berubah. harapan pada diri semoga berubah.

walaupun lambat. itu sebenarnya adalah motivasi untukmu sendiri.supaya kau tak mudah mengalah kerana kau memberi harapan pada dirimu.

tapi, kala harapan itu musnah tal mampu sirealistikkan, ubah harapanmu kepada harapan yang lebih baik

mungkin harapan yang baru itu akan membangkitkan mu dari harapan yang telah lama menyakitkanmu.

terus berharap.terutama pada kita pendosa, yang sering terjerumus dalam lembah kehinaan. jangan berhenti berharap.

Allah sentiasa bersama kita. jangan lagi bersedih. selagi waktu itu ada, selagi itu berharaplah padaNYA.

semoga berjaya!!!

maassalamah........















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...