Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2013

- 2013 -

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
 
 
 
    Assalamualaikum semua, subhanallah, lamanya tak tulis blog, sampai tahun baru pun saya tulis pada bulan tiga... 
 
      Entah apa yang menyibukkan diri saya, patutnya saya taklah sesibuk tu, tapi mungkin rasa malas yang tak dapat disingkap lagi, yang menyebabkan saya jadi begini...
 
      Manusia, penuh dengan alasan, dan mereka tak kan pernah rasa puas dengan alasan mereka itu, ha, kata-kata kakak saya tu, untuk diri saya yang memang suka memberi 1 juta alasan yang cukup membernaskan lagi dibernaskan otak. hehe, ayat apalah yang saya guna ni. pakai hentam je.
 
      Fasal tahun baru ni saya tak nak cakap banyak, biasalah orang melayu kita, tengok persembahan bunga api, buat pesta, wish 'Happy New Year' dan macam-macam lagilah. tak larat lah nak tulis dekat sini. (Alasan lagi)
 
    Nak cakap apa lagi fasal tahun baru ni?, tu je kot saya rasa, dan saya rasa mesti sahabat2 semua dah tahu, tak payah dah kot saya bagitahu.
 
Ok, saya berundur diri dulu.....
 
 
 
 
" Subhanallah, afifah, takkan awak nak mengalah macamtu saja? orang yang baca apa yang awak tulis ni mesti sangat kecewa, sebab mereka nakkan ilmu, nakkan satu kata-kata yang dapat menaikkan semangat mereka, sebab itulah mereka buka blog awak, kalau tidak, pasti mereka sudah tidak buka blog awak dan tidak membaca artikel-artikel yang awak tulis ni,(boleh la dikatakan artikel)... dan awak beri nama kepada saya dengan nama, STORY, tapi, kenapa awak tak nak bercerita kepada mereka? awakkan suka bercerita?
mana afifah yang saya kenal beberapa bulan lalu? yang suka menulis benda yang entah apa2 tapi ada juga manfaatnya? yang suka berceramah, dan, dan, dan macam-macam lagilah. Awak hanya memberi alasan yang begitu sahaja? kerana mereka semua sudah tahu apa sudah jadi dengan umat sekarang? begitu? tapi awak lupa sesuatu afifah, pandangan, disitulah orang akan mengkritik kita. Kenapa? awak tak mahu beri pandangan awak? tak mahu berkongsi pengalaman awak?
kalau macamtu, lebih baik awak tak payah buat blog ni, dah cepat, awak padam blog ni sekarang juga, saya dah tak nak duduk kat sini....."
 
 
 
erk?..... blog saya boleh bertulis? macam mana ni? rasa terkejut pun ada rasa gembira pun ada. pertama rasa terkejut sebab blog saya merajuk, bertulis sendiri(padahal saya juga yang tulis). kedua rasa seronok sebab blog saya perihatin, bagi kata-kata semangat pada saya. seperti dikasihi pula. hehe.

oklah, disebabkan, saya dah dapat 'ubat', saya bersemangat balik untuk menulis. yay! yippe!

ok, tahun baru, patutnya kita rasa bersyukur, dipanjangkan umur oleh allah subhanahuata'ala. Jadi, cara bersyukur kita kenalah dengan cara yang betul, bukannya dengan cara yang saya tulis diatas, menyambut partilah apalah, dan sebagainya.

patutnya kita rasa rendah diri, ialah allah lah yang memberikan kita umur yang panjang, kiranya allah masih sayang kat kitalah, tak gitu?

allah rindu nak dengar rintihan kita, kita rindu dak dekat allah? ish, malulah kalau dengan allah pon kita tak rindu, tapi kat pakwelah, makwelah, rindu memanjang, sampai mimipi2 lah, sampai ngigau sebut2 namalah, tapi nama allah bukannya nak sebut pun.ee, malu2. (shy) ~_~

so,(jadi omputih plak) saya ada pengalamanlah sikit tentang sambutan tahun baru ni. tapi sebenarnya bukan pengalaman saya, tapi abang saya punya pengalaman, hehe, sapi yang perah susu lembu dapat nama, eh? betul ka pepatah dia camtu? biarlah, betullah kot?!

Once Upon A Time, there's have a guys who went go to pantai, (i forget the name 'hentam jalah' ) Berry. there's go for what? the destiny is for DA'WAH. ya betul, itulah tujuan mereka yang sebenar. Pada tanggal 1.1.2011. inilah tanggal paling bersejarah buat semua orang didunia ini, kerana allah masih panjangkan umur kita semua, Alhamdulilah!!!!!!!(nape saya bubuh tanggal 2011? lah, dah abang saya pergi waktu tu, nak buat camna? saya tak bubuh 2013 sebab abang saya tak pergi waktu 2013)
 
hehe, rasa boleh kot kita sambung cerita realiti kita?(bukan dongeng ya ;}) , ok, waktu tu, abang saya pergi dengan sebuah pertubuhan NGO ni, NGO ni nama dia, "Ibn Al-Qayyim Aljauziyah". diorang pergi ramai2, dengan cara konvoi. diorang pergi sana bukan da'wah dengan bagi ceramah2 camtu. tapi diorang hanya bagi risalah2 untuk bagi depa2 tu bacalah.
 
tapi abang saya cerita, bila dia pergi sana, dia nampak macam2, orang2 muda sedang berfoya2, dok buat punk, and macam2 lagilah. abang sya dan kawan2nya yang lain tu pergi camtulah nak bagi risalah tu kat orang2 yang ada kat situ.
 
Takpalah, bagi3, sampailah kat satu pakcik ni, abang saya bagilah kat dia risalah tu, dengan secara shocknya, dia ambil kertas yang abang saya hulur tu, behtu dia pi koyak, pastu dia gelak dan berlalu msubhanallah, macamtu sahaja dia buat?
 
nampak dari gaya pakcik ni melayu, dan... islam! macam mana abang saya boleh tau kata dia islam? sebab, abang saya main teka ja... hehe(main2 pulak aku ni) tapi, ya allah, rasa maruah ni dipijak2, walaupun saya tak berada di tempat abang saya, tapi bila abang saya cerita, perasaan tu sampai kat saya.
 
itulah pengalaman yang saya dapat.(from my brother..) jadi nak bagitaulah juga, umur saya dah bertambah...hehe...
 
umur saya sekarang 14 tahunlah..alhamdulilah syukur..allah panjangkan umur. ambillah pengajaran dari yang saya tulis ni, berilah komen, kita sama2 kongsi. just that from me...
 
 
 
~__~ KeeP sMILing
 
 
 
 
AFIFAH MUFLIHAH....


Ahad, 30 Disember 2012

Buku, buku, buku!!

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
              ha, macam mana cuti? ok tak? seronok?....ya pastinya cuti amat menyeronokkan bagi semua kanak-kanak. tapi mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang jenis ulat buku, dan obses nak belajar tak seronok cuti. tak mustahil ada kan? sebab semua manusia ni lain-lain, ada la, satu pepatah ni kata,
 
'rambut sama hitam, hati lain-lain'
 
hehe, betul tak? tapi jangan lah sahabat-sahabt semua cakap,
 
"eh, rambut aku perang sikit, bukannya hitam? pelik betullah pepatah ni"
 
     ini hanya perumpamaan, memang la tak kan sama degan yang sebenar, jadi kena fikir dulu sebelum cakap.
 
Hehehe... dah melalut pula, dari cerita pasal cuti sekolah jadi cakap fasal pepatah pula, maaf ya. saya memang begini.
 
jadi bila dah cuti sekolah ni, memang dimana-mana pasaraya mana sekalipun akan buat 'sale'. discount sanalah, discount sinilah, dan mana-mana jalah.
 
kepada yang jenis suka membeli-belah ni memnag suka lah pergi ke pasaraya-pasaraya berdekatan rumah.
 
ada yang shoping bajulah, kasutlah, perabutlah dan macam-macam lagi adegannya. tambah pula yang baru nak memulakan hidup dengan jodoh yang sudah ditakdirkan allah. macam-macamlah di borongnya.
 
jadi sebenarnya saya pun pergi shoping juga. tapi jangan lah sodiqi semua anggap benda lain ya. janganlah anggap saya ni shoping macam yang saya tulis dekat atas. saya shoping......
 
...................................................
jengjengjeng!
 
 
A Book!!!
 
ya, betul, saya shoping buku! (komik)
 
hehe, tapi jangan salah sangka ya, komik ni hasil terbitan komik-m. penulisannya hanya menggunakan bahasa melayu yang tinggi, langsung tidak menggunakan bahsa pasar. jika adapun hanya perkataan seperti ini
'cis' 'waah'
dan yang sekaitan dengannya.
ia juga ada pengajaran! good!
 
saya beli buku-buku ni dekat Hasani book Carrefour.
dalam 5 buah buku juga saya beli. hehe. ni antara buku-bukunya.
 
 
                      Ini buku aku kau dan cinta, jangan anggap saya sedang bercinta pula, saya kan minta melukis, jadi saya ambil buku ini sebagai panduan untuk melukis oleh klerana karyanya yang cantik...
            ini pula buku Ali dan tuah, buku in sangat seronok, kerana pekomiknya yang membuat jalan cerita yang lucu... dan pekomiknya juga sudah menghasilkan tiga buah buku komik berkisar tentang dua orang rakan karib, seorang pandai dan aga kekurangan punca rezeki, seorang lagi agak tak pandai dan anak orang kaya..
           aku kau dan facebook, menceritakan tentang orang zaman sekarang dengan facebook.. macam-macam keletahnya...
     buku ini bagus, saya suka. tentang seorang budak yang bercita-cita menjadi pendakwah. seronok, tapi ada sambungannya..
 
tentang komik...
 
inilah komik-komik yang saya borong dari kedai hasani book...
hehehe...
 
saya ni memang suka baca buku... bagi lah kat saya buku apapun...saya akan baca..
itu je kot takat ni...
 
 
maassalamah............
 
 
 
keep smiling!_!
 
 
 

by:
 
Afifah Muflihah.........
 

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...