Khamis, 29 Mei 2014

Bahagia, dimana-mana......

     BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

      Semua orang pasti mencari bahagia. kita sendiri, orang sekeliling kita, dan orang yang kita tak kenal jua,semuanya.Pasti. Kerna kebahagiaan, apabila dimiliki, kita akan merasa sangat tenang dan sangat gembira. Ia juga tak mampu dibeli dengan nilai wang.Sebenarnya apa itu erti bahagia?


      Ramai yang mengatakan, bahagia itu pabila ,memiliki kereta besar, pabila memiliki rumah mewah, pabila memiliki harta yang banyak...Benarkah? Adakah dengan memiliki ini semua hati akan menjadi tenang dan gembira? tanya diri anda sendiri, tika kita mempunyai banyak wang, adakah kita bahagia jika kita hanya menyimpan wang itu dan tidak diagihkan kepada sesiapa pun? jika kita punya rumah mewah dan dibiarkan tidak berpenghuni, adakah itu akan menggembirakan kita?

saya pasti, akan ramai yang menjawab tidak, ini kerana bahagia yang dicari bukan lah yang begitu rupanya, bahagia dicari dengan dari segi rupa berbeza-beza... Jika kita ingin bahagia, bahagiakan yang lain dulu, jika ingin bahagia bersedekahlah, jika ingin bahagia sentiasa lah membuat orang lain rasa bahagia..

Disini juga ingin saya jelaskan, bukanlah maksud saya jika kita kaya itu kita tidak akan bahagia, ada sahaja orang-orang yang kaya di luar sana tetapi bahagia.. bahagia mereka atas dasar apa? atas dasar mereka mempunyai keimanan yang tinggi terhadap ALLAH yang menciptakan kita...

Allah juga ada menyebut, "BERBAHAGIALAH ORANG-ORANG YANG BERTAQWA...." Dari firman ALLAH ini dapatlah kita ketahui, bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, maka dia bahagia.. Mengapa ALLAH berkata sedemikian rupa? ini kerana, sesiapa yang mematuhi perintah ALLAH dan tidak melanggar perintah ALLAH akan dimasukkan kedalam syurga-NYA ... tidakkah mereka ini seharusnya bergembira?

(Saya rase gembira!!)-baca dengan suara Doraemon..


itulah, sebenarnya, satu sahaja caranya untuk kita gembira ataupun bahagia didunia dan akhirat, iaitu, dengan mendengar suruhan ALLAH S.W.T...

Mari, sebarkan bahagia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...