Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014

*gOOd iNTenTiOn*

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hmm...Tau tak apa maksud tajuk kita? saya tak mau bagitau, sebab nak suruh pembaca sekalian cari sendiri..hehe tapi kalau saya tulis pun nanti pembaca sekalian akan tahu juga.

Ok,pernah tak kita mengadakan temu janji dengan sesiapa pun tak kiralah, kita datang pada masanya, namun orang yang berjanji dengan kita datang lewat pada masa yang sepatutnya?

Saya yakin, ada yang pernah begitu, tidak kiralah sesama sahabat sendiri orang lain atau adik-beradik sendiri. Pada ketika kita menunggu mereka datang, apakah yang kita lakukan? marah-marah? bersabar? saya pasti, antaranya mesti marah-marah. Sebab saya pun macamtu.hehe

Pernah tak waktu tu kita terfikir perkara yang baik tentang dia, maksudnya macam kita fikir, mungkin dia ada masalah ka? jalan raya jam ka? mungkin ada yang pernah, saya pun pernah. Itulah yang dinamakan Good Intention.

Dekat sinilah yang selalunya jadi masalah antara kita dengan orang yang kita nak berjumpa tu. Sebab mungkin waktu tu kita berfikir yang bukan-bukan tentang dia, Bad Intention.

Yang dia pula sebenarnya datang lewat sebab ada masalah yang perlu diselesaikan dahulu, kita pula tuduh melulu. Sebenarnya, kita boleh sahaja bersangka baik dengan dia, kerana dari bersangka baik itulah dapat mengeratkan lagi hubungan kita antara dia, tak jadi pergaduhan.kan?kan?kan?

Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau dia tu memang perangai jahat? suka tak tepati masa macam mana? 

macamnilah, kalau kita dah tau dia berperangai macamtu, kita berhati-hatilah, bersangka baik juga, mungkin dia dah berubah ka? tapi berhati-hati.

kalau contohnya, ada seorang budak nakal ni, dia berubah secara tiba-tiba, kita nak percaya tak? mungkin susah sikit, sebab dia baru ja berubah, mungkin ada lagi sikap nakal dia...

namun, tetaplah bersangka baik.. nanti kalau kita yang kena dengan sikap dia tu sebab bersangka baik macam mana?

dari situ pula, ha, kalau dah kata dengan manusia pun kena bersangka baik apatah lagi allah kan? kita kena bersangka baik dengan allah pula sebab bagi ujian dekat kita sebegini rupa, kena menghadapi perangai dia, sebab kita bersangka baik...

bersangka baik dengan manusia memang susah, tapi bersangka baik dengan allah lagilah susah, sebab benda tu bukan terjadi secara jasmani, tapi secara rohani.

Kalau allah nak bagi ujian berat tahap yang tertinggi pun, tetaplah bersangka baik, sebab allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita...pasti!. setiap yang allah lakukan ada hikmahnya.

Ada satu cerita ni, tapi saya nak ringkaskan. Di sebuah kampung, ada dua orang beranak ni, tinggal bersama, ayahnya dan anak lelakinya. 

Suatu hari, anak lelakinya membeli seekor kuda. anaknya seronok sekali kerana anak lelakinya suka menunggang kuda. Pada keesokannya,kuda mereka hilang, anaknya berasa sangat sedih, lalu ayahnya menasihatinya.

"anakku, janganlah dikau bersedih. kerana setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita, pasti ada sesuatu atau hikmah disebaliknya." tinta si ayah. si anak hanya terdiam bisu mendengar kata-kata si ayah. lalu dia cuba untuk menerima takdir yang telah berlaku ke atas dirinya. 

keesokan pagi ketika si anak sedang bersiap-siap untuk ke kebun bagi menolong ayahnya, tiba -tiba dia ternampak seekor kuda putih yang sedang enak tidur di tepi rumahnya. dia pelik dan aneh atas kejadiran kuda yang tidak pernah dilihatnya itu. 

dia cuba bertanya kepada ayahnya, adakah ayahnya membelikannya kuda baru? namun si ayah menafikan peryataan itu. namun, apa yang si a ayah katakan kepadanya." ayah rasa ini kuda hutan yang tersesat, lihat sahaja kakinya yang penuh dengan lumpur-lumpur, ambil sajalah untuk kamu, bukankah kudamu hilang? mungkin berkat kesabaranmu allah telah menggantikan kuda mu itu" 

si anak terperangah dengan kata-kata ayahnya. dia begitu seronok kerana pasti selepas ini dia dapat menunggang kuda lagi. esok petangnya, dia bersiar-siar bersama kudanya, namun langit tidak selalunya cerah, namanya pun kuda hutan, pastilah kuda itu berlari dengan pantas, lantas ketika itulah, si anak terjatuh dari kuda tersebut dan patah kakinya.

namun, si ayah tetap berkata, pasti ada hikmahnya. si anak berasa sangat pelik, kenapa si ayah sangat yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. namun si anak hanya berdiam diri membiarkan perlakuan si ayah.

keesokannya, raja yang kejam tempat mereka memerintah telah mengeluarkan arahan bahawa anak-anak lelaki di kawasan itu harus di jadikan sebagai tawanan, namun si anak tidak dipilih kerana, kakinya yang patah dan tak sempurna tubuh badannya.

baru sekarang si anak mengerti ucapan hikmah yang dilontarkan si ayah. sentiasalah bersangka baik terhadap apa saja yang berlaku disekeliling kita, kerana, sepasti-pastinya, allah lebih mengetahui dari segala-galanya.

disini ingin saya tekankan, bersangka baiklah dengan sesiapa pun yang kita kenali dan ketahui hatta, allah yang menciptakan kita. mungkin kita tidak yakin pada mulanya, namun ketidakyakinan kita itlah yang membawa kita kejalan yang lebih benar. dengan merubahnya kepada keyakinan yang jitu.

mungkin ini saja ilmu yang dapat kita renungkan bersama, kita hayati bersama, yang tidak baik itu datangnya dari yang dicipta-nya dan yang baik itu datangnya dari yang mencipta.

maassalamah....




Jumaat, 30 Mei 2014

Hiburan??

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang, dunia penuh dengan hiburan, disana, sini, semuanya hiburan, tidak kiralah dari segi apa pun. Dari segi filemnya, segi rancangan realitinya, segi nyanyiannya dan pelbagai ragam lagilah..

Tapi sekarang ni yang popular sekali adalah hiburan dari segi NYANYIAN!!!, ha, sebab apa saya tulis macamtu? sebab, kebelakangan ni kita asyik-asyik dengar orang nyanyi lagu K-pop, dengar lagu K-pop, minat artis K-pop and macam-macam lagilah.

Dekat sini saya nak bagi pandanganlahkan, sebenarnya bagi saya, hiburan apa bagai ni tak salah, bukan nak kata saya menggalakkan, cuma tak salah kalau nak dengar sekali dua kala.. yang menjadi isunya ni, sampaikan solat pun dah tinggal, tunggang terbalik dah.. tak maulah sampai macamtu sekali kan..

tak kiralah hiburan tu korea ka, english ka, cina ka, melayu ka india ka, sama ja.. saya kurang setuju orang cakap korea tu salah, haram, kafir...

memang betul depa ni kafir, depa bukan islam.... TAPI! semua tu atas diri setiap orang yang mendengarnya dan yang mengikutnya, dan depa tu yang kafir, bukan kita, depa hanya menjalankan karier depa sebagai penyayi atau pun pelakon sebagai kerjaya, yang kita ni hanya pendengar pada mereka, so, kitalah kena pandai kawal diri..

sama jugalah kalau kita minat benda lain pun, macam english song, depa ada juga yang kafir, contohnya macam....JUSTIN BIEBER, KATY PERRY, DEMI LOVATO, ONE DIRECTION, dan sebagainya..

(Rasanya kenal kot)

apa bezanya depa dengan kumpulan-kumpulan korea macam, BIGBANG, SHINEE, EXO, INFINITE dan sebagainya? tak dak beza rasanya..

(salah satu kumpulan korea)


hiburan juga, pakai tak cukup kain juga, nak popular juga... satu ja kita kena ingat, nyanyi apa sekali pun, kalau waktu solat kita lalai, benda tu akan jadi haram!! macam nasyidlah contohnya, walaupun nasyid! tapi bila waktu solat kalau lalai, nasyid tu boleh jadi haram! ingat tu..

cuma nak ingatkan kat sini, pada mereka yang terlalu obses korea tu, memang tak patut lah, lekat poster sana-sini, minat dia tu dia ni sampai nak jadikan suami atau isteri, memang mkalau macamtu jadi haramlah, sebab macam taksub! astaghfirullah..

saya mengaku, saya pun dengar juga lagu-lagu korea ni, tapi tak adalah sampai tahap obses macamtu sekali,samalah dengan benda lain pun, english ka, india ka,melayu ka, sama ja semua tu...yang penting tu waktu solat jaga, jangan abaikan..

lagi satu kalau yang jenis minat artis yang berlakon, macam sekarang ni yang tengah popular, artis korea nama LEE MIN HO, subhanallah, memang tak tau nak cakap macam mana, contohnya ada la seorang hamba allah ni, minat sampai sebut nama artis korea tu hari-hari,, ish-ish, jangan sampai macamtu sekali..

sama la juga kalau artis melayu pun, contoh macam AARON AZIZ ka, FAHRIN AHMAD ka, tergila-gila sangat, nabi yusuf yang hensem sampai perempuan-perempuan boleh terpotong jari bila tengok nabi yusuf  tak mau puji..

tak apa, biasalah tu, sekarang kita berada di era zaman AKHIR ZAMAN, memang beginilah realiti umat zaman sekarang, kita yang tau ni kena lah sentiasa beringat...dan yang saya kata tak salah terima hiburan tu bukan maksud saya kita ni boleh terus berhibur tanpa ngat dunia..

memang ada pendapat yang mengatakan, muzik ni haram, tapi bila dah manusia ni memang dilahirkan dengan muzik, tak boleh kalau tak dengar walau pun nada cicipan burung(kira muzik la juga kan), dan nabi pun ada kata, didiklah anak mu sesuai dengan zamannya..kiranya kalau zaman macam kita ni, memang kena didik pun cara zaman nilah, tapi kenalah pada caranya, jangan pula kita didik anak-anak kita atau adik-adik kita dengan hiburan yang boleh memesongkan akidah..hmmsemoga kita terlindung dari fitah dunia.. amin

insyaallah,maaf kalau apa yang saya kongsikan ni mengguris sesetengah pihak yang membaca..sekian dari saya, semoga bermanfaat..

(Kita hidup didunia ini hanya sekali..)

Khamis, 29 Mei 2014

Bahagia, dimana-mana......

     BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

      Semua orang pasti mencari bahagia. kita sendiri, orang sekeliling kita, dan orang yang kita tak kenal jua,semuanya.Pasti. Kerna kebahagiaan, apabila dimiliki, kita akan merasa sangat tenang dan sangat gembira. Ia juga tak mampu dibeli dengan nilai wang.Sebenarnya apa itu erti bahagia?


      Ramai yang mengatakan, bahagia itu pabila ,memiliki kereta besar, pabila memiliki rumah mewah, pabila memiliki harta yang banyak...Benarkah? Adakah dengan memiliki ini semua hati akan menjadi tenang dan gembira? tanya diri anda sendiri, tika kita mempunyai banyak wang, adakah kita bahagia jika kita hanya menyimpan wang itu dan tidak diagihkan kepada sesiapa pun? jika kita punya rumah mewah dan dibiarkan tidak berpenghuni, adakah itu akan menggembirakan kita?

saya pasti, akan ramai yang menjawab tidak, ini kerana bahagia yang dicari bukan lah yang begitu rupanya, bahagia dicari dengan dari segi rupa berbeza-beza... Jika kita ingin bahagia, bahagiakan yang lain dulu, jika ingin bahagia bersedekahlah, jika ingin bahagia sentiasa lah membuat orang lain rasa bahagia..

Disini juga ingin saya jelaskan, bukanlah maksud saya jika kita kaya itu kita tidak akan bahagia, ada sahaja orang-orang yang kaya di luar sana tetapi bahagia.. bahagia mereka atas dasar apa? atas dasar mereka mempunyai keimanan yang tinggi terhadap ALLAH yang menciptakan kita...

Allah juga ada menyebut, "BERBAHAGIALAH ORANG-ORANG YANG BERTAQWA...." Dari firman ALLAH ini dapatlah kita ketahui, bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, maka dia bahagia.. Mengapa ALLAH berkata sedemikian rupa? ini kerana, sesiapa yang mematuhi perintah ALLAH dan tidak melanggar perintah ALLAH akan dimasukkan kedalam syurga-NYA ... tidakkah mereka ini seharusnya bergembira?

(Saya rase gembira!!)-baca dengan suara Doraemon..


itulah, sebenarnya, satu sahaja caranya untuk kita gembira ataupun bahagia didunia dan akhirat, iaitu, dengan mendengar suruhan ALLAH S.W.T...

Mari, sebarkan bahagia...


Rabu, 28 Mei 2014

Aku mahu berubah!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Aku bangun...
Alhamdulilah...
aku masih hidup..
ku tarik nafasku perlahan..
dan ku hembus pelan...

alhamdulilah..
masih dapat menghirup udara-NYA..

terdengar kicauan burung..
menyanyikan lagu merdu..

alhamdulilah..
masih dapat telinga ku mendengar...

ku buka jendela..
melihat hijaunya ciptaan-NYA..

alhamdulilah..
nyata mata ini masih berfungsi..

alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah...
puji-pujian hanya padamu ya ALLAH..

nyata, aku masih hidup!

(tika terleka)

Di kesempatan ini, ingin sekali ku coretkan sedikit nasihat, sedikit  peringatan, buat diri ini, buat semua, dan terutamanya buat kau yang sedang membaca...

Selalu kita katakan, aku ingin berubah, dari tamak kepada bersyukur, dari riyak kepada rendah diri, dan dari segala-gala yang buruk kepada yang baik.., namun, adakah ianya cukup dengan kata-kata kita yang cukup gah ini tanpa didorong dengan sekecil usaha pun? tidak, kita sendiri tahu akan perkara sebegini, 'mana kan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung?' betul?

Benar, semua ini dapat kita lihat dalam kehidupan kita selama ini. Cuba renung kembali, tika peperiksaan hampir, untuk orang yang inginkan kejayaan, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh, dan bagi mereka yang leka sebentar, mereka hanya akan memandang remeh peperiksaan ini dan tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh, hasilnya? kita sendiri dapat menetukan, melainkan dengan izin allah..

Begitu juga dengan perubahan diri, jjika kita tak mahu, siapa lagi yang akan mengubah kita? ALLAH jjuga sudah berpesan 'Kami tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri' lihat? ALLAH pun takkan mengubah kita jika tak berusaha..

Sebenarnya, kita ingin berubah kerana kita jauh dari yang maha esa, kita alpa, namun alhamdulilah kita tersedar menuju landasan yang benar dengan menginginkan perubahan yang baik buat diri kita. Renung kembali, muhasabah kembali, masih banyak benda yang belum kita lakukan untuk menuju jalannya, marilah bertaubat, selagi kita masih bernyawa, selagi matahari masih terpancar, selagi air sugai menderu, marilah, masih ada ruang yang perlu diisi untuk kita penuhi... dengan taubat-taubat kita, dengan keinsafan kita...
yang penting itu usaha, jangan hanya berkata-kata....

MARI MENJADI HAMBA...






HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...