Jumaat, 26 April 2013

Walimatulurus (Kakak Ana^)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Wah, macam mana keadaan awak STORY? mesti awak pelikkan, kenapa tiba-tiba sahaja saya menulis blog? selalunya saya 'isikan makanan ke dalam perut' awak agak lambatkan? hari ini mahu tulis pula tiba-tiba. Tidak mengapa, sebentar lagi awak akan tahu juga.

Jeng..jeng...jeng,
 huhu, terharu saya hari ini. hari ini adalah hari bersejarah dalam keluarga kami, ialah hari perkahwinan kakak saya, masakan mahu lupa? tidak patut betullah.
kakak saya memakai baju berwarna ungu manakala abang ipar saya pula memakai baju berwarna putih-puith susu begitu. mahu lihat gambar mereka berdua? sebentar saya upload.

 

 nampak atau tidak kakak saya yang ditengah-tengah itu? yang dikirinya itulah suami kakak saya, handsome tidak? janagn jawab, mestilah handsome, dah allah yang ciptakan..hehe.

wah, lupa pula mahu beritahu, nama suami kakak saya itu.

NAMA: Ikmal bin Johari
UMUR: Dirahsiakan

mungkin itu sahaja maklumat yang dapat saya beri untuk tatapan semua. hoho.

eh, kakak saya sahabat sekalian tidak mahu tahukah? saya pasti diluar sana ramai yang sedang bersorak untuk mengetahui nama kakak saya(dengan muka perasannya)hehe

NAMA: Asma Fatimah binti Fajar Nina Purnama Alam
UMUR: Dirahsiakan jugalah, buat apa beritahu orang ramai?

kenduri ini adalah kenduri sebelah perempuan, yang sebelah lelakinya insyaallah pada tanggal 27 April 2013 nanti. Eh, sekali lagi saya lupa, abang ipar saya ini berasal daripada Kuala Lumpur, Kampung Baru.
Dan saya juga ingin mengucapkan

'BARAKALLAHULAKUMAWAJAMA'ABAINAKUMAFIKHAIR'

Inilah ucapan paling baik sekali untuk orang yang berkahwin, tak payah lah hendak sebut seperti ini

'HaPPy WeddIng DaY!'
'Selamat Pengantin Baru'

dan yang seangkatan dengannya, lebih baik mendoakan, betul tak?

ha, kiranya nanti saya harus pergi Kuala Lumpurlah untuk pergi ke kenduri sebelah lelaki pula, mereka buat di TAMAN TASIK TITIWANGSA, rasa seronok lah pula, sebab saya belum pernah lagi pergi ke situ, peluang keemasan ni, orang kata 'sambil menyelam minum aor' betullah tu, sambil pergi kenduri, sambil berfoto-fotoan lah!

dan yang saya seronoknya ni, keluarga saya dari Indonesia pun datang meraikan perkahwinan kakak saya pada hari ini, penuh habis rumah saya. penuh-penuh pun seronok kerana dapat berkumpul ramai-ramai, tetapi yang datang Malaysia ini tidaklah semua, hanya sebahagian sahaja, kerna yang lain semua mempunyai hal masing-masing.

Ha, nak tambah lagi, dan abang saya menjadi 3 sekarang ini, dek kerana Abang Ikmal yang mengahwini kakak saya. jadi bertambahlah lagi seorang.
huh, sudahlah saya sudah tidak larat hendak menaip lagi, ini, saya titipkan beberapa keping gambar yang baru sahaja diambil tadi, masih fresh lo! lihatlah...


INI GAMBAR KAMI SEKELUARGA



 

INI PULA GAMBAR KAKAK SAYA DAN SUAMINYA
(gambar ini telah diedit menggunakan Instagram)




AfifaH MuflihaH @_"


                                                                                                                   Keep Smiling





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...