Jumaat, 30 Mei 2014

Hiburan??

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang, dunia penuh dengan hiburan, disana, sini, semuanya hiburan, tidak kiralah dari segi apa pun. Dari segi filemnya, segi rancangan realitinya, segi nyanyiannya dan pelbagai ragam lagilah..

Tapi sekarang ni yang popular sekali adalah hiburan dari segi NYANYIAN!!!, ha, sebab apa saya tulis macamtu? sebab, kebelakangan ni kita asyik-asyik dengar orang nyanyi lagu K-pop, dengar lagu K-pop, minat artis K-pop and macam-macam lagilah.

Dekat sini saya nak bagi pandanganlahkan, sebenarnya bagi saya, hiburan apa bagai ni tak salah, bukan nak kata saya menggalakkan, cuma tak salah kalau nak dengar sekali dua kala.. yang menjadi isunya ni, sampaikan solat pun dah tinggal, tunggang terbalik dah.. tak maulah sampai macamtu sekali kan..

tak kiralah hiburan tu korea ka, english ka, cina ka, melayu ka india ka, sama ja.. saya kurang setuju orang cakap korea tu salah, haram, kafir...

memang betul depa ni kafir, depa bukan islam.... TAPI! semua tu atas diri setiap orang yang mendengarnya dan yang mengikutnya, dan depa tu yang kafir, bukan kita, depa hanya menjalankan karier depa sebagai penyayi atau pun pelakon sebagai kerjaya, yang kita ni hanya pendengar pada mereka, so, kitalah kena pandai kawal diri..

sama jugalah kalau kita minat benda lain pun, macam english song, depa ada juga yang kafir, contohnya macam....JUSTIN BIEBER, KATY PERRY, DEMI LOVATO, ONE DIRECTION, dan sebagainya..

(Rasanya kenal kot)

apa bezanya depa dengan kumpulan-kumpulan korea macam, BIGBANG, SHINEE, EXO, INFINITE dan sebagainya? tak dak beza rasanya..

(salah satu kumpulan korea)


hiburan juga, pakai tak cukup kain juga, nak popular juga... satu ja kita kena ingat, nyanyi apa sekali pun, kalau waktu solat kita lalai, benda tu akan jadi haram!! macam nasyidlah contohnya, walaupun nasyid! tapi bila waktu solat kalau lalai, nasyid tu boleh jadi haram! ingat tu..

cuma nak ingatkan kat sini, pada mereka yang terlalu obses korea tu, memang tak patut lah, lekat poster sana-sini, minat dia tu dia ni sampai nak jadikan suami atau isteri, memang mkalau macamtu jadi haramlah, sebab macam taksub! astaghfirullah..

saya mengaku, saya pun dengar juga lagu-lagu korea ni, tapi tak adalah sampai tahap obses macamtu sekali,samalah dengan benda lain pun, english ka, india ka,melayu ka, sama ja semua tu...yang penting tu waktu solat jaga, jangan abaikan..

lagi satu kalau yang jenis minat artis yang berlakon, macam sekarang ni yang tengah popular, artis korea nama LEE MIN HO, subhanallah, memang tak tau nak cakap macam mana, contohnya ada la seorang hamba allah ni, minat sampai sebut nama artis korea tu hari-hari,, ish-ish, jangan sampai macamtu sekali..

sama la juga kalau artis melayu pun, contoh macam AARON AZIZ ka, FAHRIN AHMAD ka, tergila-gila sangat, nabi yusuf yang hensem sampai perempuan-perempuan boleh terpotong jari bila tengok nabi yusuf  tak mau puji..

tak apa, biasalah tu, sekarang kita berada di era zaman AKHIR ZAMAN, memang beginilah realiti umat zaman sekarang, kita yang tau ni kena lah sentiasa beringat...dan yang saya kata tak salah terima hiburan tu bukan maksud saya kita ni boleh terus berhibur tanpa ngat dunia..

memang ada pendapat yang mengatakan, muzik ni haram, tapi bila dah manusia ni memang dilahirkan dengan muzik, tak boleh kalau tak dengar walau pun nada cicipan burung(kira muzik la juga kan), dan nabi pun ada kata, didiklah anak mu sesuai dengan zamannya..kiranya kalau zaman macam kita ni, memang kena didik pun cara zaman nilah, tapi kenalah pada caranya, jangan pula kita didik anak-anak kita atau adik-adik kita dengan hiburan yang boleh memesongkan akidah..hmmsemoga kita terlindung dari fitah dunia.. amin

insyaallah,maaf kalau apa yang saya kongsikan ni mengguris sesetengah pihak yang membaca..sekian dari saya, semoga bermanfaat..

(Kita hidup didunia ini hanya sekali..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...