Sabtu, 7 Jun 2014

VT2, Ibadah itu dimana-mana...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulilah, baru beberapa bulan lalu beli sebuah buku yang berkisar tentang permainan bola tampar, karangan HILAL ASYRAF, novelis no.1 di malaysia. VT2, singkatan daripada perkataan volleyball team 2. Buku yang pertama sudah pun saya beli, dan VT2 ini sambungan cerita kepada buku VT yang pertama. 

Buku ini saya pilih buat penulisan kali ini kerana, terdapat kapsyen yang menarik tentang buku ini. Berkisar sebuah cerita berkenaan sukan yang menghubung kaitkan tentang islam, cabaran,  motivasi, dakwah dan persaudaraan. Menarik. Belum pernah ada yang mengaitkan tentang ibadah dalam sudut persukanan. buku ini menerangkan dengan jelas. Saya suka. Tentang bagaimana menyebarkan islam melalui sukan.

Ramai yang menyangka islam dan ibadah itu hanya di masjid semata-mata. Namun, sebenarnya kita perlu faham bahawa, islam itu syumul, maksudnya menyeluruh, tak kira dimana kita berada, di gelanggang ketika bersukan pun kita boleh jadikan ia sebagai ibadah, contohnya dengan menutup aurat. Ianya tak menghalang kita sebagai orang islam untuk bersukan sambil berdakwah. sambil itu dapat pahala lagi. tak mahukah? 

Jika kita mengatakan ianya susah, namun fikirkan kembali, nabi dahulu lagi susah nak sampaikan dakwah? kita ni setakat dakwah sikit-sikit ja pun, apa kes? tak kan tak boleh? insyaallah, usaha pelan-pelan, berdakwahlah kita dari segi apa pun, namun jangan lupa! hehe  tunjukkan akhlak yang baik, sabar ketika dicaci, ditengking, dimarah, menepati ketika diberi amanah, diberi janji.

Walaupun usaha kita sikit, tapi allah tak menilai benda tu, kecil atau besar, allah menilai, adakah kita berusaha atau tidak? mesti ada yang pernah dengar tentang seekor burung yang kecil membawa air di paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi ibrahim? hmm, tidak mengapa, walaupun ada yang sudah dengar atau baca cerita ini, saya akan mengulang taip kembali cerita ini, untuk pengajaran dan muhasabah.. mari sama-sama renung kisah ni..

Pada waktu itu, ada seorang raja yang zalim bernama Raja Namrud, ketika itu mereka sedang membakar Nabi Ibrahim atas kesalahan menghancurkan berhala-berhala mereka ketika mereka berpesta. Ketika itu, ada sesekor burung yang kecil menyiram api yang marak membakar nabi Ibrahim itu dengan air yang berada di paruhnya. burung itu berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil itu, ketika dia berulang alik itu, ada sekumpulan burung-burung besar yang mentertawakan burung kecil. 

"Hahaha, apa yang engkau sedang buat itu wahai burung kecil? engkau medamkan api dengan air sesikit itu? mana boleh padam api itu? hahaha, sudahlah, sia-sia sahaja usaha engkau, mana boleh padam api itu! berhenti sahajalah.." lebih kurang begitulah kata-kata yang dilontarkan sekumpulan burung besar kepda burung kecil itu. Namun, tahukah apa yang burung kecil itu katakan kembali pada burung-burung besar? ya, dia berkata begini  

"Terima kasih atas pandangan kalian, namun aku akan terus berusaha untuk memadamkan api ini,kerana nanti, allah bukan menanyakan adakah aku dapat memadamkan api ini? namun allah akan menanyakan, adakah aku berusaha untuk memadamkan api ini?"

Selesai menjawab, burung kecil itu terus berlalu meneruskan usahanya. Burung-burung besar itu terdiam dengan kata-kata burung kecil itu. Mereka sedar, akan kesilapan mereka. Mereka langsung tidak berusaha memadamkan api itu. Hanya memandang dan memperlekeh usaha burung kecil tadi.

Hmm, lebih kurang begitulah ceritanya. Maaf jika saya tersilap tulis ye, tegurlah kesilapan saya. Hehe...Jadi, disinilah kita dapat lihat dan mengambil pengajaran daripada kisah ini. Berbalik pada tajuk kita, betul apa yang burung kecil tu cakap , allah takkan melihat adakah kita boleh menghalang benda itu, namun allah melihat sebesar mana usaha kita untuk bmenghalang sesuatu benda itu.

Jadi disini,marilah sama-sama berdakwah, tak kira sekecil mana pun usaha kita itu. yang penting kita berusaha. Saya tulis tentang buku VT2 ini kerana, apabila saya baca buku ini, saya mendapat banyak pengajaran yang dapat dikongsi bersama.

Siapa kat sini yang minat membaca novel, baiklah baca buku-buku yang berfaedah sikit. Buku ini dapat dijadikan contoh. Kepada yang minat novel cinta tu, novel ni pun ada kisah cinta. Kisah cinta tentang persahabatan...kekasih kita allah...lagi seronok, cinta berlandaskan syaria't islam, lebih manis rasanya macam aiskrim vanila..hehehe...

Alhamdulilah, mungkin sampai sini saja penulisan, yang baik itu datangnya dari pada pencipta, yang buruk itu datangnya dari yang dicipta. Jadi ambil yang baik-baik sahaja ya..moga dapat dijadikan pengajaran.




 (buku vt pertama)


(Buku vt 2)terbaik!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...