Isnin, 8 September 2014

*gOOd iNTenTiOn*

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hmm...Tau tak apa maksud tajuk kita? saya tak mau bagitau, sebab nak suruh pembaca sekalian cari sendiri..hehe tapi kalau saya tulis pun nanti pembaca sekalian akan tahu juga.

Ok,pernah tak kita mengadakan temu janji dengan sesiapa pun tak kiralah, kita datang pada masanya, namun orang yang berjanji dengan kita datang lewat pada masa yang sepatutnya?

Saya yakin, ada yang pernah begitu, tidak kiralah sesama sahabat sendiri orang lain atau adik-beradik sendiri. Pada ketika kita menunggu mereka datang, apakah yang kita lakukan? marah-marah? bersabar? saya pasti, antaranya mesti marah-marah. Sebab saya pun macamtu.hehe

Pernah tak waktu tu kita terfikir perkara yang baik tentang dia, maksudnya macam kita fikir, mungkin dia ada masalah ka? jalan raya jam ka? mungkin ada yang pernah, saya pun pernah. Itulah yang dinamakan Good Intention.

Dekat sinilah yang selalunya jadi masalah antara kita dengan orang yang kita nak berjumpa tu. Sebab mungkin waktu tu kita berfikir yang bukan-bukan tentang dia, Bad Intention.

Yang dia pula sebenarnya datang lewat sebab ada masalah yang perlu diselesaikan dahulu, kita pula tuduh melulu. Sebenarnya, kita boleh sahaja bersangka baik dengan dia, kerana dari bersangka baik itulah dapat mengeratkan lagi hubungan kita antara dia, tak jadi pergaduhan.kan?kan?kan?

Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, kalau dia tu memang perangai jahat? suka tak tepati masa macam mana? 

macamnilah, kalau kita dah tau dia berperangai macamtu, kita berhati-hatilah, bersangka baik juga, mungkin dia dah berubah ka? tapi berhati-hati.

kalau contohnya, ada seorang budak nakal ni, dia berubah secara tiba-tiba, kita nak percaya tak? mungkin susah sikit, sebab dia baru ja berubah, mungkin ada lagi sikap nakal dia...

namun, tetaplah bersangka baik.. nanti kalau kita yang kena dengan sikap dia tu sebab bersangka baik macam mana?

dari situ pula, ha, kalau dah kata dengan manusia pun kena bersangka baik apatah lagi allah kan? kita kena bersangka baik dengan allah pula sebab bagi ujian dekat kita sebegini rupa, kena menghadapi perangai dia, sebab kita bersangka baik...

bersangka baik dengan manusia memang susah, tapi bersangka baik dengan allah lagilah susah, sebab benda tu bukan terjadi secara jasmani, tapi secara rohani.

Kalau allah nak bagi ujian berat tahap yang tertinggi pun, tetaplah bersangka baik, sebab allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita...pasti!. setiap yang allah lakukan ada hikmahnya.

Ada satu cerita ni, tapi saya nak ringkaskan. Di sebuah kampung, ada dua orang beranak ni, tinggal bersama, ayahnya dan anak lelakinya. 

Suatu hari, anak lelakinya membeli seekor kuda. anaknya seronok sekali kerana anak lelakinya suka menunggang kuda. Pada keesokannya,kuda mereka hilang, anaknya berasa sangat sedih, lalu ayahnya menasihatinya.

"anakku, janganlah dikau bersedih. kerana setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita, pasti ada sesuatu atau hikmah disebaliknya." tinta si ayah. si anak hanya terdiam bisu mendengar kata-kata si ayah. lalu dia cuba untuk menerima takdir yang telah berlaku ke atas dirinya. 

keesokan pagi ketika si anak sedang bersiap-siap untuk ke kebun bagi menolong ayahnya, tiba -tiba dia ternampak seekor kuda putih yang sedang enak tidur di tepi rumahnya. dia pelik dan aneh atas kejadiran kuda yang tidak pernah dilihatnya itu. 

dia cuba bertanya kepada ayahnya, adakah ayahnya membelikannya kuda baru? namun si ayah menafikan peryataan itu. namun, apa yang si a ayah katakan kepadanya." ayah rasa ini kuda hutan yang tersesat, lihat sahaja kakinya yang penuh dengan lumpur-lumpur, ambil sajalah untuk kamu, bukankah kudamu hilang? mungkin berkat kesabaranmu allah telah menggantikan kuda mu itu" 

si anak terperangah dengan kata-kata ayahnya. dia begitu seronok kerana pasti selepas ini dia dapat menunggang kuda lagi. esok petangnya, dia bersiar-siar bersama kudanya, namun langit tidak selalunya cerah, namanya pun kuda hutan, pastilah kuda itu berlari dengan pantas, lantas ketika itulah, si anak terjatuh dari kuda tersebut dan patah kakinya.

namun, si ayah tetap berkata, pasti ada hikmahnya. si anak berasa sangat pelik, kenapa si ayah sangat yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. namun si anak hanya berdiam diri membiarkan perlakuan si ayah.

keesokannya, raja yang kejam tempat mereka memerintah telah mengeluarkan arahan bahawa anak-anak lelaki di kawasan itu harus di jadikan sebagai tawanan, namun si anak tidak dipilih kerana, kakinya yang patah dan tak sempurna tubuh badannya.

baru sekarang si anak mengerti ucapan hikmah yang dilontarkan si ayah. sentiasalah bersangka baik terhadap apa saja yang berlaku disekeliling kita, kerana, sepasti-pastinya, allah lebih mengetahui dari segala-galanya.

disini ingin saya tekankan, bersangka baiklah dengan sesiapa pun yang kita kenali dan ketahui hatta, allah yang menciptakan kita. mungkin kita tidak yakin pada mulanya, namun ketidakyakinan kita itlah yang membawa kita kejalan yang lebih benar. dengan merubahnya kepada keyakinan yang jitu.

mungkin ini saja ilmu yang dapat kita renungkan bersama, kita hayati bersama, yang tidak baik itu datangnya dari yang dicipta-nya dan yang baik itu datangnya dari yang mencipta.

maassalamah....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOPE?

Bismillahirrahmanirrahim Kadang kita merasa, kesilapan yang lalu tak dapat dibaiki kembali, ia akan menjadi satu kesilapan yang kekal t...